THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, December 20, 2009

salam tahun baru

assalamualaikum...

heh heh heh(gelak cam prof ezy haji ali kt era)....
pertamanya aku nak mengucapkan selamat tahun baru hijrah..1431 hijrah
alhamdu lillah berkat guru2 karamah ibu serta hikmah bapa dapat kita meneruskan hidup kita yang indah ini di tahun baru di alaf baru..dengan azam baru..

mungkin ramai yang tak sedar (termasuk la aku selepas disedarkan oleh ayahku)yang kita telah berada di 1431 hijrah..dah tahun baru rupanya,,,sebut pasal hijrah jer mesti orang kait kan kisah rasul jujungan kita nabi muhammad S.A.W berhijrah dari kota mekah ke kota madinah..tapi adakah kita tahu bagaimana?kenapa?mengapa? nabi kita berhijrah?...korang cari le sendiri aku bukan ustaz nak bercerita..

apa yang aku nak maksudkan disini adalah sikap manusia yang boleh dikatakan hangat2 pisang goreng (memandai ubah peribahasa) lepas habis hangatnya dah tak sedap..bila tahun baru jer azam baru pun keluar tahan la sebulan dua pastu..huh hampeh(termasukla aku ni)kenapa????
pikirla sama2..

sebahagian dari kita sudah tidak lagi mengerti akan hakikat hijrah Nabi S.A.W. di malaysia saban tahun hijrah disambut dengan perarakan di sana sini. dan saban tahun juga kita menyaksikan adanya anugerah tokoh Ma'al Hijrah sama ada diperingkat kampung atau pun bandar(negeri or negara la).makna dan hakikat hijrah sudah berubah sedemikian rupa sehingga umat islam sudah tidak lagi memahami pengertian yang sebenarnya.huh???bukan nak tunding jari mana2 tapi kita punya otak kita pikir dan lakukan yang mana baik..

so kepada kawan2 suma,,pe yang aku nak korang pikir kan je dulu pe yang aku cakap kan ni..memang umur kita masih muda lum masa untuk beribadat tapi adakah umur tu makin menurun?sempatkah?bolehkah?cukupkah?huhuhuhu..bila difikirkan agak ngeri la jugak tapi biasala orang eksiden teruk depan mata kita pun kita masih lagi bwak 280 sejam..360..tu cmner tu..terpulang la..korang pikir la sendiri

wassalam..(p/s xder video kilp yang sesuai untuk coretan kali ini)

Wednesday, December 9, 2009

MECARI DUIT DENGAN MAKAN SAHAJA!!!

pernahkah pembaca sekalian terdengar or di offer tentang perniagaan MLM..?
apa riaksi anda sekalian??
disini saya ingin berkongsi satu perniagaan yang saya pasti akan menguntungkan kamu sekalian..
bukan jual barang,bukan ajak ramai kawan,bukan kena bercerita sana sini...TAPI
hanya dengan mengajak rakan or sahabat or teman or aweks or balaks or family.or sesaper sahaja untuk makan free..dan anda akan dapat pendapatan lumayan...
dengan cara ini saya rasa tiada makhluk dalam alam fana ini menolak pekara free.BETUL TAK???
so ini la cara kepada sesiapa yang belum lagi mempunyai pekerjaan tapi mempunyai modal hanya rm360 sepanjang hayat tak perlu ditopap atau pun ditambah..sama la..
so tulis banyak2 pun tak guna korang yang membaca ni nak tau lebih lanjut leh emael kat saya di doctor.thugonomic@gmail.com...or komen jer kat sini..senang
untuk sesaper yang pemalu nak contact aku leh layari laman web ini..www.irc.com
k.

wassalam..

Sunday, December 6, 2009

berapa harga kamu..

"harga diri seseorang adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
Sukar untuk menjadi yang terbaik tetapi ia tidak mustahil jika kita mampu lakukan yang lebih baik.
Jadi tiada masa untuk kita mengalah. walau siapa pun kita, jangan lupa kita membawa tujuan yang satu...strive lillahita'ala..."

wassalam....

Saturday, December 5, 2009

JIKA KITA MERASA SUSAH

baru sebentar tadi aku study untuk exam matematik hari isnin ni..bersama kawan,sambil mendengar lagu dari henset nya...tetiba aku terdengar lagu yang bertajuk "namun ku punya hati" penyanyi nya ferddie fernandez dari kumpulan revolvers..sayu mendengarnya..tetiba jugak kawan aku cakap bila dia dengar lagu ni dia teringat akan adik nya dirumah....

dia cakap adiknya sakit..adiknya menghidap penyakit sindromdown dan peparu yang rosak..dia tunjuk gambar adiknya yang sedang sakit..bila aku tengok gambar tu perasaan sedih tetiba muncul...

adiknya tak boleh makan nasi..hanya boleh minum..so aku dapat merasakan keadaan sukar tu.aku tau dia bukan keluarga yang senang..bapanya hanya kerja biasa..

adiknya terpaksa melalui hidup seminggu di hospital seminggu dirumah...untuk menerima rawatan yang pasti mahal nak mampos..hospital korang tau la....adiknya jadi begini juga adalah salah hospital itu juga..tak perlu la aku cakap hospital apa..tapi yang pasti aku dah f**k gila hospital tu..maaf la aku memang cukup bengang ni.

sikap sambil lewa doktor dan staff2 hospital itu merawat pesakitnya cukup membuat kan aku menyampah gila..bayaran nak mahal..servis macam hampeh..

sambung pasal adiknya tadi,oleh kerana adiknya tak dapat makan cam manusia normal terpaksa la ayah dan ibunya membeli susu yang mahal berharga rm100..2 tin sebulan..bayangkan itu baru makananya..rawatannya????

tapi aku cukup bangga dengannya dia boleh cerita dengan tenang dan selamba,tidak menunjukkan rasa susah or sedih sedikit pun..(dia seorang perempuan)..

apa yang aku nak nyatakan disini walaupun kita ini cukup susah tapi masih lagi ada orang yang lebih susah,,so untung la kita jadi manusia yang sempurna yang hidup dalam kesusahan..bersyukurla apa yang ada sebelum ditarik balik..

yang kedua kepada pekerja2 seperti doktor2 or staff2 hospital dan yang sewaktu dengannya..ingat la bahawa tanggungjawabmu begitu besar(kena menjawab kat akhirat nanti)..lu orang pikir la sendiri..

kat bawah ni aku bagi korang dengar lagu tu..untuk korang sedar korang ni siapa di muka bumi ini,,wassalam......

mencari cinta.........(ilahi)

ade orang cakap kalau nak bercinta, cinta la dengan orang yang mencintai kita,,cinta terbahagi pada beberapa bahagian..

  • cinta dengan nafsu
  • cinta dengan harta
  • cinta pada pangkat
  • cinta dunia
  • cinta pada akhirat
  • cinta pada Yang Maha Mencipta
banyak lagi cinta tu kalau nak di tulis tapi aku dah penat nak taip...wat per tulis bebanyak kalau manusia yang membaca hanya melepaskan batuk ditangga..tak payah la kita memberatkan fikiran kita pada hubungan yang kita tidak rasa ada penghujung..

yang musykil disini mengapa bila manusia itu sudah putus cinta,,fikirannya terus berubah,,terus menganggap semua orang jahat..sedangkan taknak menyalahkan diri sendiri yang buta kayu main terima seadanya dan main serah segalanya?????

aku banyak mendengar masalah couple2 ni putus..(yg dah kahwin pun bercerai).dan masalh mereka mostly semua sama..masalah kayu tiga..masalah pasangan berjauhan,,masalah pantang nampak yang lebih cantik or hensem dari pasangannya...masalah tak boleh lupa ex lama....huh..pebenda ni.?????

semua ini adalah mainan fikiran kita,,kalau kita yang kawal fikiran kita,,kita boleh mengatasi semua masalah yang ada didalam alam fana ini..dan kalau kita biar nafsu yang mengawal fikiran kita......lu pikir la sendiri..wassalam

(p/s)kalau korang yang membaca blog aku ni yang mempunyai masalah cinta kahwin or hubugan yang takpasti just komen or contact aku..kalau nak aku tolong la...

untuk renungan semua.

keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar.Imam al-Syaff'i pernah menyifatkan dirinya dengan ilmu umpama ibu ayam yang kehilangan anaknya. begitu cinta dan tinggi sekali keinginannya untuk mendapat ilmu,,wassalam..


ingat mati,,ingat sakit,,ingat la saat kau sulit,,
ingat-ingat coba ingat la akhirat....

Friday, December 4, 2009

baru "KENAL"erti kehidupan

assalamualaikum..
just nice to be manusia..
selepas 9 bulan 10 hari dibawa kesana kemari tepat jam 3.00 a.m waktu tempatan,pada 4 haribulan ogos bermula kehidupan seorang manusia yang diberi nama MUHAMAD SYUKRI AL-AMIN (kesyukuran yang dipercayai)..indahnya dunia pada waktu itu sudah terasa walaupun belum lagi mempunyai daya untuk bergerak bebas...masih lagi dalam ikatan kain putih yang bersih..di timang silih berganti,dicium,dicubit,didodoi,dimanja sepanjang masa,dilayan mengalahkan sultan...lagu yang pertama didendangkan ditelinga adalah laungan azan yang didendangkan oleh ayah tersayang yang menunggu saat keturunannya dilahirkan..pabila sudah boleh berjalan dan boleh membaca dihantarnya kesekolah agar mendapat ilmu yang lebih bermanfaat yang berguna pada masa hadapan..diberi nama timang-timangan "awie"sempena penyanyi kumpulan rock lagenda wings,,,indahnya dunia..sudah bersekolah di s.k.s.p.....s.m.k.a.b....sekarang mengambil jurusan diploma elektonik di P.U.O.ipoh...masih lagi belajar untuk jadi manusia ..bila dilihat balik perjalanan ini cukup terancang..walaupun bukan dirancang..sungguh hebat jadi manusia...usah la membebankan kepala memikir apa yang berlaku seterusnya..cuma fikir apa yang perlu buat pada masa kini..wassalam